Ahmad Rizal, Sara Idylla & Co.

TENTANG FIRMA KAMI


Pada 1hb Ogos 2011, Tetuan Ahmad Rizal & Co. ditubuhkan oleh pengasasnya, Ahmad Rizal Abdul Aziz.
Kemudian pada 16hb September 2011, Tetuan Ahmad Rizal & Co. berkembang menjadi satu perkongsian yang kuat dengan penyertaan Cik Sara Idylla Isbah sebagai rakan kongsi. Ini adalah merupakan titik kelahiran TETUAN AHMAD RIZAL,. SARA IDYLLA & CO. (“ARSICO”).
ARSICO menyediakan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif kepada skop pelanggan yang luas daripada individu persendirian hinggalah kepada syarikat-syarikat multinasional yang terbesar. Reputasi kami yang kukuh dalam perkhidmatan undang-undang yang cemerlang dan pragmatik adalah hasil daripada penekanan yang kami berikan kepada pemahaman objektif-objektif, keutamaan-keutamaan dan keperluan-keperluan pelanggan-pelanggan kami yang mana dapat dicapai melalui pemupukan hubungan kerja yang rapat dengan pelanggan-pelanggan kami.
Sungguhpun Firma ini masih muda dari segi usianya, rakan-rakan kongsi di sini adalah sangat berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang undang-undang.
Peguam-peguam kami peka dan menghormati sensitiviti dan kerahsiaan masalah-masalah setiap pelanggan. Kami juga memahami kebimbangan setiap pelanggan berkenaan kewangan dan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti di sisi undang-undang untuk membantu setiap pelanggan dengan keperluan masing-masing, sama ada individu mahupun organisasi di dalam negara mahupun antarabangsa.
Pejabat kami terletak di pusat bandar Puchong, Selangor. Bagi membolehkan kami berkhidmat dengan lebih baik untuk pelanggan-pelanggan domestik dan antarabangsa, peguam-peguam kami yang sentiasa bergerak laju dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi yang secukupnya untuk menepati keperluan pelanggan-pelanggan kami. Tiada halangan kepada komunikasi memandangkan peguam-peguam kami sentiasa boleh dihubungi.
Firma ini juga percaya dalam beramal untuk masyarakat dan telahpun terlibat secara aktif dalam pengambilan kes-kes dari Pusat Bantuan Guaman Selangor, Majlis Peguam serta memberikan perkhidmatan undang-undang secara pro bono (percuma) bagi membantu pelanggan-pelanggan yang berpendapatan rendah atau tidak berkemampuan.
Kualiti kerja dan kecemerlangan adalah merupakan kebanggaan kami dan kami bercita-cita untuk menjadi satu pusat undang-undang sehenti dalam memberikan penyelesaian undang-undang yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami bagi memenuhi matlamat dan objektif setiap pelanggan sambil melindungi kepentingan-kepentingan mereka pada setiap masa.